SPBT SK Taman Medan telah mendapat tempat PERTAMA dalam "Anugerah Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (Rendah) sempena Hari Anugerah Inovasi Dan Kecemerlangan Sekolah PPD Petaling Utama 2013. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir sekolah, AJK SPBT,guru-guru, kaki tangan sekolah, dan murid-murid yang banyak membantu memberi kerjasama dan sokongan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SKTM dan diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Friday, 1 November 2013
Saturday, 26 October 2013
PEMULANGAN BUKU TEKS
Terima kasih diucapkan kepada semua Guru Kelas dan Penyelaras Tahun yang membantu semasa proses pemulangan Buku Teks mengikut jadual yang ditetapkan, Terima ksih juga kepada murid-murid yang memberi kerjasama dan kepada murid-murid yang tidak hadir dan belum memulangkan dan menerima Buku Teks kegunaan 2014 sila berurusan dengan Guru Kelas anda terlebih dahulu.
Tuesday, 22 October 2013
Sunday, 20 October 2013
Berita SPBT
Kualiti Buku Teks Perlu Dipertingkat Dengan Dimasukkan
Elemen ICT - Ketua Pengarah Pelajaran
SHAH ALAM, 20 Okt (Bernama) --
Kualiti buku teks sekolah perlu dipertingkatkan dengan dimasukkan elemen
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya ia sentiasa relevan dengan
perkembangan semasa, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Beliau berkata kandungan buku teks elektronik ataupun e-book yang interaktif dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang sukar dalam pembelajaran.
"Misalnya, elemen berbentuk 3D dalam kandungan buku teks boleh membantu memperkuatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sukar dalam subjek.
"Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di sini Ahad.
Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata negeri Terengganu telahpun mendahului negeri lain dengan menyediakan e-book dalam usaha menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.
Ketika berucap pada majlis itu, Abd Ghafar berkata kerajaan membelanjakan hampir RM160 juta setahun bagi Program SPBT dan ia perlu diuruskan dengan baik bagi menjimatkan perbelanjaan.
Beliau berkata adalah merugikan kerajaan sekiranya buku teks yang dibekalkan Kementerian Pendidikan tidak digunakan di sekolah.
Lima sekolah muncul johan pada majlis Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang peringkat kebangsaan dengan membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta trofi dan sijil penghargaan.
Ia adalah Sekolah Kebangsaan (Felda) Purun, Pahang; SJKC Kwang Chien, Sarawak; SJKT Methodist Kapar, Selangor; Sekolah Menengah St. Michael, Sabah; dan Sekolah Rendah Agama Dato' Mufti Yusof, Selangor.
Anugerah itu sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbiran sekolah serta guru SPBT dalam melaksanakan pengurusan SPBT yang cemerlang.
-- BERNAMA

Kualiti Buku
Teks Perlu Dipertingkat Dengan Dimasukkan Elemen ICT
Shah Alam - Kualiti buku teks
sekolah perlu dipertingkatkan dengan dimasukkan elemen teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, kata
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Beliau berkata kandungan buku teks
elektronik ataupun e-book yang interaktif dapat membantu pelajar memahami
sesuatu konsep yang sukar dalam pembelajaran.
"Misalnya, elemen berbentuk 3D dalam kandungan buku teks boleh membantu memperkuatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sukar dalam subjek.
"Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.
Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata negeri Terengganu telahpun mendahului negeri lain dengan menyediakan e-book dalam usaha menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.
Ketika berucap pada majlis itu, Abd Ghafar berkata kerajaan membelanjakan hampir RM160 juta setahun bagi Program SPBT dan ia perlu diuruskan dengan baik bagi menjimatkan perbelanjaan.
Beliau berkata adalah merugikan kerajaan sekiranya buku teks yang dibekalkan Kementerian Pendidikan tidak digunakan di sekolah.
"Misalnya, elemen berbentuk 3D dalam kandungan buku teks boleh membantu memperkuatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sukar dalam subjek.
"Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.
Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata negeri Terengganu telahpun mendahului negeri lain dengan menyediakan e-book dalam usaha menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.
Ketika berucap pada majlis itu, Abd Ghafar berkata kerajaan membelanjakan hampir RM160 juta setahun bagi Program SPBT dan ia perlu diuruskan dengan baik bagi menjimatkan perbelanjaan.
Beliau berkata adalah merugikan kerajaan sekiranya buku teks yang dibekalkan Kementerian Pendidikan tidak digunakan di sekolah.
-
Berita RTM -
Monday, 7 October 2013
JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN
JADUAL PEMULANGAN / PENERIMAAN
BUKU TEKS 2013 / 2014
TARIKH/
HARI
|
KELAS
|
MASA
|
11 OKT 2013
(JUMAAT)
|
6 AH – 6 BK
6 BI – 6 CG
6 CS – 6 CK
6DI – 6 GH
|
8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG
|
23 OKT 2013
(RABU)
|
5 AH – 5 BK
5 BI – 5 CG
5 CS – 5 CK
5DI – 5 DK
|
8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG
|
24 OKT 2013
(KHAMIS)
|
4 AH – 4 BK
4 BI – 4 CG
4 CS – 4 CK
4 DI – 4 DK
|
8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG
|
21 OKT 2013
(ISNIN)
|
3 AH – 3 BK
3 BI – 3 CG
3 CS – 3 CK
3 DI – 3 DK
|
2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG
|
22 OKT 2013
(SELASA)
|
2 AH – 2 BK
2 BI – 2 CG
2 CS – 2 CK
2 DI – 2 DK
|
2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG
|
23 OKT 2013
(RABU)
|
1 AH – 1 BK
1 BI – 1 CG
1 CS – 1 CK
1 DI – 1 DK
|
2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG
|
NOTA :
1. Pemulangan hendaklah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Buku-buku hendaklah diikat dalam satu bundle mengikut jumlah buku sebenar. Jika buku yang dihantar tidak mencukupi,guru kelas hendaklah merekodkan dalam borang yang disediakan.
3. Untuk murid Tahun 1, 2 dan 3, buku aktiviti TIDAK perlu dipulangkan.
4. Buku-buku yang hilang hendaklah digantikan dengan buku yang baru.
5. Guru kelas hendaklah memastikan semua murid menghantar dan menerima buku teks untuk kegunaan 2013 berpandukan borang ”G” dan Surat Akuan Peneriman yang terdapat pada Guru SPBT.
6. Sebarang masalah dan
pertanyaan sila berhubung
dengan
i . En Razman (Sesi Pagi)
ii. En Abd. Muain (Sesi Petang)
Thursday, 19 September 2013
PENJAGAAN BUKU TEKS
Semua murid SK Taman Medan diingatkan supaya menjaga Buku Teks kerana pemulangan Buku Teks akan dilakukan selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Jadual pemulangan buku teks akan dipaparkan sedikit masa lagi dan ditampal pada papan kenyataan SPBT. Bagi murid yang telah menghilangkan Buku Teks diminta menggantikan segera sebelum proses pemulangan bagi mengelakan kesulitan. Harap Maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)