KELAB SPBT






" PENUBUHAN."


Kelab SPBT SK Taman Medan ditubuhkan pada 4 Januari 2012. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah. Kewujudan kelab ini diharap dapat memupuk sikap cintakan buku teks di kalangan murid. Keahliannya terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 seramai 30 orang.


" VISI "


 Membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah di samping melakukan aktiviti yang menjurus kea rah penjagaan dan penghargaan kepada buku untuk memartabatkan kedudukan buku  sebagai sumber ilmu.

" MISI "


 Kelab SPBT akan berusaha untuk :
·        Mengembangkan potensi individu murid secara menyeluruh

·        Menyuntik semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid

·        Memupuk semangat cintakan buku teks SPBT

·        Memartabatkan buku sebagai sumber ilmu

·        Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab yang sedia ada di sekolah.

" MOTO "



           ” Buku Ditatang, Ilmu Dijulang ”

No comments:

Post a Comment