Saturday 26 October 2013

PEMULANGAN BUKU TEKS

Terima kasih diucapkan kepada semua Guru Kelas dan Penyelaras Tahun yang membantu semasa proses pemulangan Buku Teks mengikut jadual yang ditetapkan, Terima ksih juga kepada murid-murid yang memberi kerjasama dan kepada murid-murid yang tidak hadir dan belum memulangkan dan menerima  Buku Teks kegunaan 2014 sila berurusan dengan Guru Kelas anda terlebih dahulu.





Sunday 20 October 2013

Berita SPBT



Kualiti Buku Teks Perlu Dipertingkat Dengan Dimasukkan Elemen ICT - Ketua Pengarah Pelajaran
SHAH ALAM, 20 Okt (Bernama) -- Kualiti buku teks sekolah perlu dipertingkatkan dengan dimasukkan elemen teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Beliau berkata kandungan buku teks elektronik ataupun e-book yang interaktif dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang sukar dalam pembelajaran.

"Misalnya, elemen berbentuk 3D dalam kandungan buku teks boleh membantu memperkuatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sukar dalam subjek.

"Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di sini Ahad.

Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata negeri Terengganu telahpun mendahului negeri lain dengan menyediakan e-book dalam usaha menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.

Ketika berucap pada majlis itu, Abd Ghafar berkata kerajaan membelanjakan hampir RM160 juta setahun bagi Program SPBT dan ia perlu diuruskan dengan baik bagi menjimatkan perbelanjaan.

Beliau berkata adalah merugikan kerajaan sekiranya buku teks yang dibekalkan Kementerian Pendidikan tidak digunakan di sekolah.

Lima sekolah muncul johan pada majlis Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang peringkat kebangsaan dengan membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta trofi dan sijil penghargaan.

Ia adalah Sekolah Kebangsaan (Felda) Purun, Pahang; SJKC Kwang Chien, Sarawak; SJKT Methodist Kapar, Selangor; Sekolah Menengah St. Michael, Sabah; dan Sekolah Rendah Agama Dato' Mufti Yusof, Selangor.

Anugerah itu sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbiran sekolah serta guru SPBT dalam melaksanakan pengurusan SPBT yang cemerlang.

-- BERNAMA


Kualiti Buku Teks Perlu Dipertingkat Dengan Dimasukkan Elemen ICT
Shah Alam - Kualiti buku teks sekolah perlu dipertingkatkan dengan dimasukkan elemen teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Beliau berkata kandungan buku teks elektronik ataupun e-book yang interaktif dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang sukar dalam pembelajaran.

"Misalnya, elemen berbentuk 3D dalam kandungan buku teks boleh membantu memperkuatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep sukar dalam subjek.

"Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.

Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata negeri Terengganu telahpun mendahului negeri lain dengan menyediakan e-book dalam usaha menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.

Ketika berucap pada majlis itu, Abd Ghafar berkata kerajaan membelanjakan hampir RM160 juta setahun bagi Program SPBT dan ia perlu diuruskan dengan baik bagi menjimatkan perbelanjaan.

Beliau berkata adalah merugikan kerajaan sekiranya buku teks yang dibekalkan Kementerian Pendidikan tidak digunakan di sekolah.
-          Berita RTM -

Monday 7 October 2013

JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN
JADUAL PEMULANGAN / PENERIMAAN
BUKU TEKS 2013 / 2014


TARIKH/
HARI


KELAS

MASA

11 OKT 2013

(JUMAAT)



6 AH – 6 BK
6 BI – 6 CG
6 CS – 6 CK
6DI – 6 GH

8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG

23 OKT 2013

(RABU)

5 AH – 5 BK
5 BI – 5 CG
5 CS – 5 CK
5DI – 5 DK


8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG


24 OKT 2013

(KHAMIS)

4 AH – 4 BK
4 BI – 4 CG
4 CS – 4 CK
4 DI – 4 DK

8.00 PG
9.00 PG
10.00 PG
11.00 PG


21 OKT 2013

(ISNIN)



3 AH – 3 BK
3 BI – 3 CG
3 CS – 3 CK
3 DI – 3 DK

2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG

22 OKT 2013

(SELASA)

2 AH – 2 BK
2 BI – 2 CG
2 CS – 2 CK
2 DI – 2 DK

2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG


23 OKT 2013

(RABU)

1 AH – 1 BK
1 BI – 1 CG
1 CS – 1 CK
1 DI – 1 DK

2.00 PTG
3.00 PTG
4.00 PTG
5.00 PTG






NOTA :

1. Pemulangan hendaklah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Buku-buku hendaklah diikat dalam satu bundle mengikut jumlah buku sebenar. Jika buku yang dihantar tidak mencukupi,guru kelas hendaklah merekodkan dalam borang yang disediakan.

3. Untuk murid Tahun 1, 2 dan 3, buku aktiviti TIDAK perlu dipulangkan.
      
4. Buku-buku yang hilang hendaklah digantikan dengan buku yang baru.
     
5. Guru kelas hendaklah memastikan semua murid menghantar  dan menerima buku teks untuk kegunaan 2013 berpandukan borang ”G” dan Surat Akuan Peneriman yang terdapat pada Guru SPBT.

6. Sebarang masalah dan
    pertanyaan sila berhubung
    dengan
     i . En Razman (Sesi Pagi)
     ii. En Abd. Muain (Sesi Petang)